I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 12 April 2012

TAMADUN MELAYU

Pengenalan 


Tamadun Melayu adalah merupakan sebuah tamadun yang sangat unik kerana ia mengalami banyak perubahan sepanjang proses perkembangan dan kegemilangannya. Dalam proses kegemilangan tamadun Melayu, ia telah dikelaskan kepada tiga peringkat iaitu kehidupan masyaraket Melayu sebelum kedatangan agama Islam, kehidupan masyarakat Melayu selepas menerima pengaruh Hindu-Buddha dan kehidupan masyarakat Melayu selepas kedatangan agama Islam.

Alam Melayu


·        Satu kawasan yang merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh wilayah Asia Tenggara
·        Dikenali pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu, gugusan kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi
·        Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan luas atau lingua franca dalam kehidupan masyarakat
·        Perkataan Melayu merujuk kepada tiga perkara yang berbeza iaitu ras, kebudayaan dan bahasa

Tamadun Melayu Sebelum Kedatangan Islam

·       Zaman Pra-Islam

Ø  Kepercayaan kepada roh nenek moyang yang dinamakan hyang

Ø  Roh nenek moyang dipercayai masih di kalangan mereka dan mempunyai tenaga

Ø  Hyang dianggap sebagai jelmaan Tuhan yang perlu dipuja dan disembah

Ø  Menyembah roh jelmaan Tuhan

·       Zaman Kedatangan Hindu-Buddha
Ø  Lebih tersusun dan berbentuk rasmi
Ø  Berlaku pada lapisan atasan iaitu golongan pemerintah dan bangsawan
Ø  Konsep dewaraja
Ø  Kesenian, keindahan, keromantisan, keagungan dan ketakjuban diutamakan

·       Zaman Kedatangan Islam
Ø  Mengubah bentuk kepercayaan Hindu-Buddha bertukar kepada kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya

Pembinaan Tamadun Melayu selepas kedatangan Islam

·       Islam datang dari Tanah Arab

Ø  Dikemukakan oleh John Crawford dan Niemann dan de Hollander

Ø  Disokong oleh Prof. S.M. Naquib al-Attas

Ø  Hubungan perdagangan terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab

·       Islam datang dari India

Ø  Dikemukakan oleh Pijnappel dan diperkukuhkan oleh Snouck Hurgronje dan J.P. Moquette
Ø  Melalui Gujerat
Ø  Penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh yang mendakwa dibawa dari Gujerat


·       Islam datang dari China
Ø  Melaui Kanton dan Hainan
Ø  Dopelopori oleh Emanuel Godinho de Eredia
Ø  Penemuan batu surat di Champa, Brunei, Laren Jawa dan Terengganu
Ø  Mencatatkan kedatangan Islam melalui Negara China



Kesan dan Pengaruh Islam kepada Tamadun Melayu


·       Agama dan Kepercayaan
Ø  Percaya kepada knosep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitik beratkan soal persamaan taraf
Ø  Masyarakat Melayu diperkenalkan dan diyakinan dengan keyakinan yang berteraskan tauhid
Ø  Menekankan konsep persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah s.w.t.

·       Pendidikan
Ø  Golongan bawahan berpeluang menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan
Ø  Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca Al-Quran dan kitab-kitab
Ø  Melahirkan ramai cendekiawan dan ulama-ulama Melayu

·       Bahasa dan Kesusasteraan
Ø  Tulisan jawi dan tulisan Arab telah diperkenalkan
Ø  Melalui bahasa ini, Bahasa Melayu memainkan peranan lebih penting
Ø  Digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran

·       Perundangan
Ø  Perubahan kepada sistem dan Islam
Ø  Perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia
Ø  Perlembangan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri

·       Politik dan Pemerintahan
Ø  Gelaran raja ditukar kepada sultan
Ø  Rakyat diberi hak untuk bersuara dalam menentukan perubahan sistem beraja
Ø  Sultan diamanahkan mentadbir sesebuah negeri

·       Sistem kekeluargaan
Ø  Pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan
Ø  Islam menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam
Ø  Pelbagai adat dan budaya Islam dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak

·       Adat dan Cara Hidup
Ø  Dilakukan sejak individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya
Ø  Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah s.w.t
Ø  Kedatangan Islam ke Alam Melayu menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan


Pandangan Semesta Tamadun Melayu



Aspek Tauhid

§  Prinsip tentang kejadian alam semesta sebagai ciptaan Tuhan untuk dimanfaatkan oleh manusia di dunia ini dan untuk menjadi satu tanda bagi wujudnya Rabb al-Alamin.
§  Dibahagikan kepada :
o   Tauhid Uluhiyyah – Penyembahan, pemujaan, penghargaan dan permohonan hanya kepada Allah Tuhan yang satu.
o   Tauhid Rububiyyah – mempercayai Allah sebagai Pencipta, pemilik dan pentadbir tunggal bagi alam ini.

Nilai-nilai murni Masyarakat Melayu

§  Kehidupan lebih teratur dari segi susunan masyarakat dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketaatan dan kepatuhan kepada sultan dan pemimpin.
§  Berpegang teguh kepada adat tradisi yang sebati dengan amalan kehidupan seharian.
§  Menjaga adat resam dan pantang larangan yang diamalkan oleh nenek moyang dahulu, seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian.
§  Mengatur perjalanan kehidupan dari segi pergaulan dan juga hubungan sesama manusia.
§  Menitik beratkan hal-hal kekeluargaan dan juga hubungan sesama manusia.
§  Mengajar umatnya mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim.

Pencapaian Tamadun Melayu

Bidang Persuratan

§  Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa ‘lingua franca’ bagi wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongan peniaga serta pengembara asing dari China, Eropah dan India.
§  Penggunaan dalam bidang penulisan :Skrip Sanskrit (pahlawi), Skrip Arab (jawi), Skrip Roman (rumi)
§  Dibahagikan kepada :
o   Sastera Rakyat (sastera lisan)
-    Merupakan satu unsur ‘local genius’ atau kepintaran tempatan yang memperlihatkan kekereatifan dan kebijaksanaan berfikir anggota masyarakat pada zaman pra-literasi.
-        Dibahagikan kepada :
Ø  bukan naratif (bentuk ucapan lisan) : seperti pantun, peribahasa, simpulan bahasa dan seloka. Bentuk ucapan ini kemudiannya akan dirakam dalam bentuk tulisan.
Ø  naratif (bentuk sastera lisan) : seperti cerita penglipur lara, cerita jenaka, cerita nasihat, cerita binatang dan lain-lain.
o   Sastera Pengaruh Hindu
-        Di zaman pra-Islam di Alam Melayu.
-        Epik dan mitos India diserap ke dalam bentuk kesusasteraan Melayu lama.
-     Seperti : Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima didasrkan kepada kitab Ramayana dan Mahabharata.
o   Sastera Pengaruh Islam
-     Kelahiran kitab-kitab ilmiah yang banyak menggunakan bentuk prosa dan puisi di Acheh dan melahirkan pelbagai genre baru.
-  Di zaman pemerintahan kerajaan Pasai, hasil kesusasteraan dipenuhi dengan ciri kesusasteraan agama khususnya sastera kitab, riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w., cerita nabi-nabi, dan sejarah seperti Hikayat Raja-raja Pasai.

Bidang Kesenian

§  Dilihat melalui manifestasi kesenian orang melayu.
§  Memainkan peranan penting dalam melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun dan untuk mengekalkan nilai-nilai murni tamadun Melayu.
§  Dipengaruhi oleh kejadian alam semulajadi dari segi hubungan masyarakat Melayu dengan manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan dan agama.
§  Pelbagai bentuk kesenian seperti seni tari, seni muzik, seni ukir dank hat, seni bela diri, seni pertukangan, seni tenun dan sulam, seni kulinari dan lain-lain.

Bidang Sains dan Teknologi

§  Mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-orang Melayu.
§  Contoh kemajuan sains dan teknologi :
o   Bidang pertanian : Teknologi pembajakan dan sistem saliran air yang digunakan dalam process pengairan pertanian.
o   Bidang teknologi alam bina : Pembinaan rumah dan masjid, contoh rumah kutai, rumah panjang, kubah dan juga masjid kampong laut.
o   Teknologi tekstil dan warna : teknologi mencanting batik dan juga tenunan.
o   Sains ukuran, timbangan dan sukatan

Bidang Pendidikan

Pada awal perkembangan
§  Pendidikan yang diterima adalah pendidikan tradisional seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab.
§  Aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru yang mengorganisasikan sekolah agama
§  Membina pondok di sekeliling sekolah agama sebagai tempat tinggal.

Sekitar abad ke-19
§  Sekolah Melayu mula dibuka, sekolah Melayu pertama dibuka pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.
§  Ciri-ciri utama ialah pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya, menyediakan para pelajar menguasai ‘3M’ iaitu membaca, menulis dan mengira.
§  Keburukan : Murid-murid sekolah Melayu tidak ada peluang untuk belajar Bahasa Inggeris dan juga tidak dapat melanjutkan pelajaran di peringkat menengah.
§  Langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran British melalui jawatankuasa Barnes 1950 (Penyata Barnes) (Samri,2003) – mendapat tentangan dari masyarakat bukan Melayu kerana ia meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Selepas Penyata Barnes ditolak
§  Jawatankuasa Fenn-Wu, ditubuhkan pada tahun 1951 – tidak mampu memberi kepuasan kepada semua penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum.
§  Ordinan Pelajaran 1952 diwujudkan untuk mengariskan perkara penting oleh British.
o   Antarannya seperti :
1.  Mendirikan dua jenis sekolah kebangsaan, iaitu menggunakan pengantar Bahasa Melayu dan pengantar Bahasa Inggeris.
2.   Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam sistem pelajaran kebangsaan tetapi kemudahan akan disediakan untuk mempelajari Bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa ketiga.
3.   Bahasa Inggeris akan diajar dari darjah satu di sekolah-sekolah pengantar bahasa Melayu.
4.      Bahasa Melayu diajar pada darjah tiga bagi sekolah pengantar Bahasa Inggeris.
§  Ordinan ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dan darurat.

Menjelang Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
§  Penyata Razak, diluluskan dalam majlis perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956.
§  Semua dasar pendidikan selepas 1957 menggunakan dasar yang telah diputuskan dalam Penyata Razak.

Pada tahun 1959
§  Sebuah jawatankuasa ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji Penyata Razak.
§ Cadangan dikemukakan didalam Penyata Rahman Talib diterima dan digubal serta dinamakan sebagai Akta Pelajaran 1961.

Pada tahun 1974
§  Sebuah Jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan kebangasaan yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad ditubuhkan.
§  Menwajibkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah.
§ Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan pada tahun 1988.

Konsep Kebudayaan Islam Di Malaysia

§  Pemupukan kebudayaan di Malaysia Semenjak tergubalya Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971.
§  Berbeza dengan negara lain.
§  Sifat agama Islam memudahkan kebudayaan Islam tersebar dan dapat diterima dengan terbuka oleh penduduk di alam Melayu ini.
§  Dilihat dalam tradisi pengajian, bahasa, keilmuan, kesenian, kesusasteraan, falsafah dan pemikiran serta kemampuannya menyerapkan unsur asal, dipengaruhi dan mempengaruhi selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip tauhid.
§  Memberi sumbangan kepada kehidupan keagamaan dan kemasyarakatan.
§  Dilihat dari sudut cara berpakaian, makan minum, pengembangan ilmu pengetahuan, kesenian, falsafah dan peningkatan Bahasa Melayu dan juga kesusasteraan.

Cabaran Tamadun Melayu Pada Masa Kini

Cabaran dari dalam

§ Cabaran sosio-budaya kesan daripada kemajuan dan perubahan yang dicapai dan dialami. Khususnya golongan remaja dan belia yang menghadapi pelbagai masalah sosial.
§ Pengaruh dan tekanan kebendaan dan kemewahan hidup yang membawa pelbagai jenayah kewangan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-lain.
§  Fahaman sekularisme ataupun kefahaman tentang segala apa terjadi dan diusahakan adalah semata-mata untuk kehidupan di dunia sahaja tanpa memikirkan hal-hal kehidupan di akhirat.
§  Fahaman pragmatisme yang melampau dan amalan-amalan yang bertentangan dengan nilai Islam.

Cabaran dari luar

§  Kemasukan pengaruh asing, terutamanya unsur-unsur dari Barat sebab berlakunya globalisasi ataupun proses pengecilan dunia.
§  Penularan pengaruh Barat :
o   Dari segi ideologi seperti sekularisme, liberalisme, materialisme, rasionalisme, atiesme dan lain-lain.
o   Dari segi budaya dan nilai seperti budaya hedonisme, humanisme, individualisme dan lain-lain.
o   Dari segi ekonomi dapat dilihat dari segi budaya kapitalisme, perniagaan wang, pasaran bebas dan banyak lagi.
o   Dari segi penerokaan sains dan teknologi seperti teknologi maklumat dan komunikasi, penerokaan dalam bidang bio-teknologi, mikroelektronik, aeroangkasa, robotik dan sebagainya.
o     Dari segi politik dapat dilihat sistem pentadbiran negara lebih cenderung kepada demokrasi liberal ala-Barat dan sebagainya.

§  Cabaran-cabaran dapat diatasi melalui kekuatan pembersihan dalaman berdasarkan ajaran-ajaran Islam, yang menekankan akauntabiliti dan ketakwaan, kesederhanaan, pengorbanan diri, prinsip dan sebagainya.

Kesimpulan

    Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang unik, kerana perkembangannya melalui beberapa tahap yang penting. Tamadun Melayu mengambil masa berabad-abad lamanya untuk menjadi sebuah tamadun yang unggul, setanding dengan tamadun-tamadun dunia yang lain. Sekarang masyarakat Melayu telah mencapai kegemilangan yang tinggi, malah perkembangan tamadun Melayu telah menerima pelbagai cabaran untuk berkembang. Diharap generasi akan datang tidak akan mensia-siakan segala perjuangan yang telah diusahakan oleh generasi dahulu, dan akan berusaha memantapkan lagi kekuatan yang dimiliki sekarang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan