Pengenalan
Tamadun China adalah salah satu tamadun paling tua di dunia ini dan pada beberapa tahap dapat dilihat tamadun ini amat maju dalam bidang politik, ilmu sains dan falsafah. Selain itu, tamadun China juga mengekalkan identitinya sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal berdaya saing pada keseluruhannya.
Kebudayaan Yangshao
Kerajaan Yangshao merupakan kerajaan yang paling awal dan mempunyai ciri tersendiri. Berdasarkan nama tinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini terletak di Yangshao, daerah Shaanxi.
Konsep
Kepercayaan Alam Sekitar
Kepercayaan kepada Penyembahan Roh Nenek Moyang
Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka.
Pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta Ciba dengan menggunakan tulang nujum yang ditulis dengan pelbagai soalan.
Contohnya, masyarakat Shang dan Maharaja Shang menyembah nenek moyang dengan menjalankan upacara pengorbanan.
Kepercayaan kepada Anak Syurga
Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Selain itu, anak syurga juga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga.
Contohnya, Dinasti Chou mengamalkan untuk mengukuhkan kedudukan pemerintahnya.
Kepercayaan kepada Dewa
Dipercayai akan membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana dewa di syurga mempunyai kuasa menolong manusia di dunia.
Contohnya, masyarakat Shang turut menyembah 'Dewa Biji-bijian'
Menurut para sarjana Cina, terdapat 3 kumpulan bangsa yang terbesar iaitu
-Kumpulan Yan-Huang yang diwakili oleh kaum Yang Di dan Huang
-Kumpulan Feng-Yang
-Kumpulan Miao-Man
Peperangan, berinteraksi, berkahwin campur dan tiru-meniru budaya di kalangan bangsa ini mewujudkan sebuah bangsa yang kuat dikenali bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu)
Bahasa Dan Sistem Tulisan Cina
Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan huruf Cina, iaitu zhuanzhu (mutual sematic transfer) di jiajie (loan character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebgai liushu (six principles of writing).
Pandangan Semesta Tamadun China
Pandangan semesta di dalam tamadun China menglibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak mereka.
Konsep Tian
Kepercayaan ini telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu lagi, kepercayaan animisme telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman Dinasti Zhou.
Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta dan konteks etika Konfusianisme.
Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang.
Konsep Tao
Maksud terawal merujuk kepada 'jalan' atau 'lorong'.
Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjuk perjalanan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada baik atau buruk.
Selepas kedatang Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta.
Menurut Konfusius, Konsep Dao merupakan tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau suatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
Kitab Yijing menggunakan konsep Taiji untuk merujukan kepada kenyataan muktamad. Dengan ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji.
Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dwikuasa iaitu Yin dan Yang.
Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
Keharmonian Tian dan Manusia
Konsep perpaduan antara Tian dan manusia (tian-ren heyi) berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripda Tian.
Konsep ini juga menggabungkan aliran pemikiran Yin-Yang dengan falsafah sosiopolitik.
Konfusianisme ini dikemukakan oleh Dong Zhongshu iaitu seorang pujangga Konfusian di zaman Dinasti Han.
Prinsip Zhongyong
Prinsip Zhongyong atau keserdehanaan merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
Prinsip ini merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap perncapaian keharmonian sejagat sekiranya ia dihayati dan diamalkan sepenuhnya.
Tamadun China adalah salah satu tamadun paling tua di dunia ini dan pada beberapa tahap dapat dilihat tamadun ini amat maju dalam bidang politik, ilmu sains dan falsafah. Selain itu, tamadun China juga mengekalkan identitinya sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal berdaya saing pada keseluruhannya.
Kebudayaan Yangshao
Kerajaan Yangshao merupakan kerajaan yang paling awal dan mempunyai ciri tersendiri. Berdasarkan nama tinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini terletak di Yangshao, daerah Shaanxi.
Yangshao, daerah Shaanxi
Tapak-tapak tradisi kebudayaan Yangshao ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sugai Wei dan Huanghe ( the Yellow River)
Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu kira-kira 6 milenium SM, kebudayaan atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di bahagian-bahagian tengah dan utara negara China, kemudiannya diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan.
Kebudayaan Longshan dan Zaman Gangsa
Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di daerah Shandong.
Tembikar Longshan
Kualiti tembikar ini lebih tinggi mutunya menunjukkan penggunaan mesin peroda tembikar (potter's wheel) dalam pengeluarannya.
Dalam Zaman Gangsa, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti Shang (1766 SM-1122 SM), tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang paling penting.
Dinasti Shang memperlihatkan dengan ketara mengenai satu fasa pembangunan yang baru iaitu kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun antaranya
pembentukan negara kota-Dinasti Shang
penggunaan sistem tulisan
tulang oracle dan cangkerang kura-kura
Penemuan inskripsi di atas termasuk gangsa rata yang ditarik oleh kuda, tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota dapat memperlihatkan perbezaan utama antara peradaban Shang dengan peradaban-peradaban Neolitik sebelumnya.
Kepercayaan Alam Sekitar
Kepercayaan bencana alam adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka meyembah alam sekitar seperti matahari, bulan, binatang dan sebagainya. Contohnya masyarakat Lmebah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.
Kepercayaan kepada Penyembahan Roh Nenek Moyang
Amalan pemujaan dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih pengaruh ke atas kehidupan mereka atau kehidupan masa hadapan mereka.
Pertolongan nenek moyang melalui ramalan menerusi pendeta Ciba dengan menggunakan tulang nujum yang ditulis dengan pelbagai soalan.
Contohnya, masyarakat Shang dan Maharaja Shang menyembah nenek moyang dengan menjalankan upacara pengorbanan.
Kepercayaan kepada Anak Syurga
Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Selain itu, anak syurga juga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga.
Contohnya, Dinasti Chou mengamalkan untuk mengukuhkan kedudukan pemerintahnya.
Kepercayaan kepada Dewa
Dipercayai akan membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman kerana dewa di syurga mempunyai kuasa menolong manusia di dunia.
Contohnya, masyarakat Shang turut menyembah 'Dewa Biji-bijian'
Dewa 'Dao Jiao'
Masyarakat Dan Budaya Tamadun ChinaMenurut para sarjana Cina, terdapat 3 kumpulan bangsa yang terbesar iaitu
-Kumpulan Yan-Huang yang diwakili oleh kaum Yang Di dan Huang
-Kumpulan Feng-Yang
-Kumpulan Miao-Man
Peperangan, berinteraksi, berkahwin campur dan tiru-meniru budaya di kalangan bangsa ini mewujudkan sebuah bangsa yang kuat dikenali bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu)
Geografi negara China yang luas menyebabkan keadaan cuaca yang berbeza. Ini telah mempertembungkan 2 kebudayaan iaitu Kebudayaan Sekoi (Millet) dan kebudayaan Sawah Padi yang wujud berasingan di bahagian utara dan selatan China.
Bahasa Dan Sistem Tulisan Cina
Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan huruf Cina, iaitu zhuanzhu (mutual sematic transfer) di jiajie (loan character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebgai liushu (six principles of writing).
Setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang istimewa selain daripada sebutan bunyi dan maksud.
Orang Cina hanya memerlukan satu sistem tulisan yang tuggal dan boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi.
Selain bangsa Cina, tulisan Cina juga digunakan oleh bangsa bangsa lain seperti Jepun, Korea dan Vietnam. Walaupun mereka mempunyai bahasa tersendiri namun tulisan Cina juga dikenali sebagai sebahagian daripada tulisan mereka.
Pandangan semesta di dalam tamadun China menglibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak mereka.
Konsep Tian
Kepercayaan ini telah wujud dalam kalangan masyarakat Cina sejak dahulu lagi, kepercayaan animisme telah menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Cina. Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman Dinasti Zhou.
Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta dan konteks etika Konfusianisme.
Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang.
Konsep Tao
Sebelum kedatangan falsafah konfusius, Dao digunakan untuk menunjuk perjalanan atau cara kelakuan atau tabiat, sama ada baik atau buruk.
Selepas kedatang Konfusius, para pengikut Daoisme menggunakan maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta.
Menurut Konfusius, Konsep Dao merupakan tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau suatu set peraturan etika yang mesti diikuti oleh seseorang individu.
Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
Kitab Yijing menggunakan konsep Taiji untuk merujukan kepada kenyataan muktamad. Dengan ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji.
Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dwikuasa iaitu Yin dan Yang.
Manifestasi Yin dan Yang disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya.
Keharmonian Tian dan Manusia
Konsep perpaduan antara Tian dan manusia (tian-ren heyi) berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripda Tian.
Konsep ini juga menggabungkan aliran pemikiran Yin-Yang dengan falsafah sosiopolitik.
Konfusianisme ini dikemukakan oleh Dong Zhongshu iaitu seorang pujangga Konfusian di zaman Dinasti Han.
Prinsip Zhongyong
Prinsip Zhongyong atau keserdehanaan merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
Prinsip ini merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap perncapaian keharmonian sejagat sekiranya ia dihayati dan diamalkan sepenuhnya.
Tahap pencapaian keharmonian yang paling ideal ialah Datong (The Grand Unity). Ia merupakan utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Ini hanya dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi oleh semua pihak dengan adil dan saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Walaubagaimanapun, matlamat ini amat sukar dicapai, namun utopia Konfusian ini tetap menjadi pegangan bagi masayarakat Cina.
Agama Dan Falsafah Dalam Tamadun China
Konfusianisme
Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah iaitu kemanusiaan, suatu filsafat atau sikap yang berhubungan dengan kemanusiaan, tujuan dan keinginannya, daripada sesuatu yang bersifat abstrak dan masalah teologi. Konfusianisme diasaskan oleh Kong Fu Tze pada umur 15 tahun ketika itu. Terdapat 3 ajaran konfucius iaitu: amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik, penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini dan merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku. Di samping itu, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li), keanfan (zhi).
Buddhisme China
Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina. Namun begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betui {Right Understanding) dan pemikiran yang betui (Right Thought); kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betui (Right Speech), tindakan yang betui (RightAction) dan cara hidup yang betui (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betui (Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness), dan tumpuan yang betui (Right Concentration).
Daoisme
Daoisme juga diejakan dengan Taoisme dan ia merupakan sebuah falsafah berdasarkan teks Daode Jing yang dianggap secara meluas sebagai hasil Laozi dan Zhuangzi. Kitab Daode Jing merukan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan aspek metafizik Dao. Daoisme merupakan agama bagi kebanyakan orang cina.
Moisme
Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara China.
Legalisme
Legalisme adalah satu dari empat aliran utama filsafat cina pada Periode Musim Semi dan Musim Gugur serta Periode Negara Perang. Ia diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan Dinasti Chin. Legalisme adalah suatu filsafat politik pragmatis yang tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan tingkat tinggi seperti alam dan tujuan kehidupan. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.
Islam
Islam mempunyai pusaka yang kaya di China. Agama itu telah wujud di China itu sejak Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad, telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu menyamakan antara antara agama Islam dengan ajaran Confucius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China. Sebuah ciri terkenal masyarakat-masyarakat Muslim di China adalah kemunculan imam wanita bagi makmun wanita. Suatu bentuk kaligrafi islam, Sini, dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji Noor Deen Mi Guangjiang adalah seorang penulis khat terkenal menurut tradisi ini.
Sistem Pemerintahan Dan Sistem Politik China
Sistem Beraja Tamadun China
Semenjak tamadun awal China (tamadun Sungai Hwang Ho di bawah pemerintahan Dinasti Shang dan Dinasti Chou) lagi China telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak secara monarki. Orang China percaya, Raja diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Pada zaman Dinasti Shang dan Chou raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera. Pada masa itu China mengamalkan sistem feudal. Zaman kemaharajaan yang paling gemilang ialah ketika China diperintah oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin). Gelaran raja ditukar menjadi maharaja semasa baginda memerintah China. Baginda menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor. Maharaja dibantu oleh golongan birokrasi yang terdiri daripada pegawai kerajaan. Maharaja Shih Huang Ti mengamalkan undang-undang yang ketat. Undang-undang Dinasti Chin diperkenalkan oleh Han Fei Tsu, seorang ahli falsafah. Beliau menegaskan bahawa tingkah laku manusia hanya dapat dikawal melalui kekerasan dan undang-undang yang tegas. Baginda menggelarkan diri baginda sebagai Maharaja Chin Pertama ( Shih bererti pertama, Hwang Ti bererti maharaja) kerana ingin mengasaskan satu dinasti yang berlainan dari pemerintah yang terdahulu ( sistem feudal).Baginda mahu dirinya dipuja sebagai maharaja (sebelum ini raja dianggap sebagai wakil ‘Raja di Atas’). Oleh kerana baginda ada darah keturunan Tartar, baginda banyak dibantu oleh tentera berkuda Tartar dalam usaha memperluaskan wilayah China. Dalam masa sepuluh tahun, semua wilayah China tertakluk di bawah pemerintahannya. Baginda juga melatih kumpulan penjahat menjadi askar baginda.
Dalam menghadapi bahaya serangan pelanggar-pelanggar Tartar secara besar-besaran, baginda telah membina tembok besar negeri China. Anehnya, jasa yang besar ini dikatakan oleh setengah-setengah ahli sejarah tidak menjadikan orang China terhutang budi kepadanya kerana kesalahan yang dibuat oleh baginda iaitu ‘pembakaran segala buku’. Dalam usaha menolak idea sarjana China dalam hal-hal pentadbiran , baginda telah membakar buku-buku sejarah dan falsafah yang mengandungi unsur-unsur politik dan membunuh 400 orang sarjana pada tahun 213 SM kerana menganggap mereka ‘menyusahkan’ baginda. Bagi orang China peristiwa pembakaran itu dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka intelektual mereka. Semasa China diperintah oleh Dinasti Han (206 SM – 220 SM) , Sistem Peperiksaan Awam bagi perlantikan pegawai-pegawai kerajaan diamalkan. Sistem ini mengutamakan kebolehan seseorang dan terbuka kepada semua rakyat yang layak. Di bawah pemerintahan dinasti ini, pemimpin-pemimpin wilayah tidak diberi kuasa yang luas dan tidak dibenarkan memiliki kekayaan yang besar. Tujuannya ialah supaya kerajaan pusat menjadi teguh dan tidak dicabar. Dinasti Han mengutamakan undang-undang yang berasaskan ajaran Confucius. Pengasas dinasti ini iaitu Liu Pang memperkenalkan satu Hukum Kanun yang menekankan bahawa hukuman bunuh ialah bunuh, hukuman mencederakan orang ialah dicederakan dan hukuman mencuri ialah dibayar denda sebanyak yang dicurinya. Jika dibandingkan dengan Dinasti Chin, Dinasti Han ini melaksanakan pemerintahan yang kurang ketat. Baginda melonggarkan sistem kerahan buruh dan menggantikan undang-undang China yang berat dan zalim dengan hukuman yang ringan.

Dinasti Shang
Dinasti Chou
Dinasti Chin
Sistem Politik China
Doktrin sistem politik China secara umumnya banyak dipengaruhi aliran falsafah legalisme dan konfusianisme yang dapat dihuraikan melalui ciri-ciri berikut:
Falsafah Legalisme yang bersifat authoritarianism menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan kertertiban dalam masyarakat.
Anti Authoritarian
Manakala aliran Konfusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Falsafah ini memberi keutamaan kepada manusia dan kehidupan sosialnya. Oleh itu, falsafah ini mengabaikan aspek-aspek yang bersifat kerohanian dan kehidupan selepas mati. Ia menganjurkan supaya manusia belajar mengatur diri mereka dengan baik melalui prinsip moral.
Berpandukan etika
Konsep Pemusatan Kuasa
Ia merupakan ciri unik dalam sistem pemerintahan China dimana Maharaja mempunyai kawalan penuh terhadap urusan pentadbiran Negara. Penjelasan mengenai falsafah pemusatan kuasa boleh dilihat melalui kenyataan-kenyataan berikut:
Aliran legalisme ini menekankan pemerintahan bercorakpemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. Dengan itu masyarakat yang ideal akan lahir jika petani dan tentera dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Sebagai contoh Maharaja Shih Hung Ti daripada dinasti Chin telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah pentadbirannya.
Manakala dalam aliran Confusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan. Justeru itu moral dan etika yang baik amat penting dianuti oleh setiap pemerintah. Sekiranya nilai-nilai ini dapat dipupuk pemerintah akan beroleh sokongan rakyat sebagai balasan kepada kebaikan pemerintahannya. Dengan itu aliran ini menganjurkan pembentukan negara mesti bercorakpaternalistik . Menurut Confucius pemerintah hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan rakyat. Manakala institusi keluarga pula merupakan model terbaik untuk diikuti.
Institusi Keluarga Masyarakat Cina
Terdapat persetujuan agak ramai di kalangan cendekiawan bahawa tamadun Cina berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Banyak sifat khas tamadun Cina dan nilai-nilainya, yang akan dinyatakan di bawah adalah hasil daripada humanisme antaranya transendensi dalaman, sifat sekular, moralisme sebagai ideologi, personalisme, hubungan manusia dengan alam semesta, institusi keluarga dan pendidikan diberi keutamaan, serta keharmonian merupakan nilai utama.
Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Teokrasi tidak pernah dijadikan agenda atau pernah muncul sepanjang sejarah China, sebaliknya sisrem politik dan pemerintahan, sistem pendidikan dan institusi-institusi yang lain dipisahkan daripada agama. Namun begitu, ini tidak bererti orang Cina tidak ada rasa takut kepada Maha Agung atau Tian.
Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian dengan Di (langit dan bumi). Manusia dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam alam semesta. Manusia harus sentiasa menjalin hubungan yang harmoni dengan alam semesta supaya tercapai kesatuan antara kedua-duanya.
Keharmonian dititikberatkan dalam sebarang bentuk hubungan sama ada hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan kelompok, keluarga, komumti atau institusi, antara kelompok dan juga antara manusia dengan alam semesta. Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.

Sumbangan Tamadun China Dalam Pelbagai Bidang Keperluan Manusia
Seni Pembinaan
Kepelbagaian Genre Sastera Cina Klasik
Puisi
Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi).Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.
Shijing
Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing, misalnya baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai dideklamasikan.
Chu ci
Prosa
Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis dalam bahasa pertuturan (percakapan).
Guwen
Drama
Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama.
Zaju
Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah chuanqi. Chuanqi yang berkembang semasa zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel dari segi muzik dan nyanyian. Selain chuanqi, kunqu Juga amat menarik. Bentuk drama ini berdominan sejak kurun ke-16 sehingga ke-18 dan merupakan kegemaran golongan pujangga kerana stall nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.
Chuanqi
Fiksyen
Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik.
Xiaoshuo
Kesenian Cina
Kaligrafi
Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar.
Kaligrafi
Seni Lukis
Lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting.
Xieyi
Seni Pembinaan
Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.
The Great Wall of China
Sains dan Teknologi Cina
Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.
Bidang Matematik
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.
Sempoa (Abacus)
Bidang Perubatan
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.
Yinyang
Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.
Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.

Jingluo
Bidang Optik
Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole camera), dan begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave- lens). Mereka juga memahami prinsip fokus.
Bidang Alkimia
Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life). "Eliksir kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.
Teknologi Cina
4 Penciptaan Agung
Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.
Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.
Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.
Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.
Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan