I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 8 Mei 2012

Isu Semasa Antara China Dan Amerika Syarikat

Pada bulan Oktober 2009 yang lalu, China telah memperingati ulang tahun Revolusi yang ke-60 di mana ia merdeka dari China serta mengalahkan golongan Nasionalis dan terbentuknya Republik Sosialis China. Sejak awal abad ke-21, para analisis memandang bahawa kebangkitan China adalah sebagai suatu tentangan terbesar terhadap Amerika Syarikat (AS) dan ramai yang beranggapan bahawa China akan berkembang menjadi Negara kuasa besar. Kepesatan China menjadikannya negara yang diambilkira dalam peta politik dunia, membuatkan banyak golongan merasa kagum serta menjangkakan wujudnya pertembungan kekuatan global dari Barat ke Timur. China tidak pernah menjadi kuasa politik dan sejarah silamnya yang kelam akibat penjajahan kejam oleh Jepun telah menjadi memori bagi China selepas Perang Dunia Kedua. Revolusi enam puluh tahun bagi Negara besar dunia ini merupakan satu reality baru dan buat pertama kalinya ia dianggap  sebagai Negara kuasa besar.



China mula membangun semenjak tahun 1978 melalui pengkembangan sains dan teknologinya yang didorong oleh kepentingan ketenteraan. Pembangunan ini bermula sejak zaman pemerintahan Mao. Mao menginginkan pembangunan ketenteraan yang kuat mengatasi segala-galanya. Projek ketenteraan inilah yang menjadi tulang belakang dasar Deng Xiao Ping. Tujuan Deng adalah untuk mempelbagaikan ekonomi China yang bukan hanya tertumpu pada sektor pertahanan, tetapi juga merangsang pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat umum. Konsep Deng yang mengandungi 16 garis panduan pada awal 1980-an dengan jelas menegaskan, iaitu untuk mengintergrasikan pertumbuhan sektor ketenteraan dan rakyat awam dengan memastikan keperluan ketenteraan dipenuhi, mempertahankan kemampuan ketentaraan, dan menggunakan ekonomi awam dalam usaha memodenkan ketenteraan.



Deng menggunakan pula system ekonomi yang berorientasikan pasaran, terutamanya pada Zon Ekonomi Khas yang terletak di bandar Guangdong, Fujian, dan Hainan. China telah berubah ekonominya secara radikal daripada pengeksport komoditi bermutu rendah menjadi komoditi berteknologi tinggi. Negara ini berubah daripada ekonomi yang terkebelakang menjadi pusat pengekspot kelas dunia. Eksport China meningkat sepuluh kali ganda (bernilai sekitar USD436 trilion antara tahun 1990-2003.) Kini nilai eksport China melebihi 1 trilion dolar dan merupakan ekonomi terbesar di dunia selepas AS dan Jerman.

Sejak tahun 1978, China telah mengubah ekonominya daripada model ekonomi terpimpinala Soviet menuju ekonomi yang berorientasikan  pasaran yang dikuasai oleh Parti Komunis China. Sistem ini disebut sebagai ‘Sosialisme Bersifat China’ dan ia merupakan system ekonomi campuran. Reformasi yang bermula sejak tahun 1978 ini telah mengangkat status  jutaan manusia daripada paras kemiskinan, dengan menurunkan kadar kemiskinan sehingga 53% daripada populasi Negara tersebut pada tahun 1981 dan 8% pada tahun 2001.


Hubungan Antara China Dan Amerika Syarikat

Ketika George Bush menjadi Presiden AS, hanya China yang memiliki kapasiti ekonomi dan ketenteraan yang mampu mengimbangi AS sebagai negara kuasa besar. AS telah membuat dasar yang memencilkan China supaya tetap pada sempadannya agar tidak berdepan secara langsung kerana itu hanya akan menghabiskan tenaga AS.



Dasar memencilkan China ini tersirat di dalam tulisan Condoleezza Rice ketika ia menjadi penasihat dasar luar negara George W Bush, yang pada waktu itu masih lagi menjadi Gabenur Texas, ketika pilihanraya presiden tahun 2000 dalam artikel majalah Foreign Affairs,” China adalah kekuatan besar yang memiliki masalah yang belum selesai terutamanya dengan Taiwan. China juga tidak menyukai peranan AS di wilayah benua Asia Pasifik.” Oleh kerana itu, Rice mengatakan, “China bukanlah kuasa ‘status quo’, tetapi ia adalah kekuatan yang berkeinginan untuk mengubah keseimbangan kuasa di Asia yang sesuai dengan kepentingannya. Kenyataan ini menjadikan China sebagai pesaing, bukan sebagai ‘sahabat strategik’ sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Clinton. AS perlu memperkuatkan hubungan dengan Jepun dan Korea Selatan serta mempertahankan komitmen untuk meletakkan pasukan AS di wilayah benua tersebut. “Washington juga perlu memperhatikan secara teliti terhadap peranan India dalam keseimbangan politik dan membawanya ke dalam lingkaran persekutuan yang anti-China.” 



Namun begitu, sepuluh tahun kemudian, AS dan China kini berada di dalam posisi yang saling memerlukan. Ketika AS mendominasi beberapa wilayah pada awal abad ini, iaitu perang Afghanistan dan Iraq, krisis ekonomi global telah membuatkan AS tidak mampu untuk mendominasi China. Ini dapat dilihat melalui fakta berikut: AS merupakan pengguna terbesar dunia di mana majoriti barangan yang mereka gunakan adalah berasal dari dan dikeluarkan oleh China. Akibatnya, AS memiliki defisit perdagangan dengan China bernilai USD268 trilion. Dengan itu, sekitar USD1 juta trilion matawang dolar telah dikuasai oleh China.



Simpanan dolar yang sangat besar yang dimiliki oleh China membuatkan China memiliki kemampuan untuk membeli saham kewangan AS, di mana saham kewangan ini digunakan oleh AS untuk membiayai defisit perdagangannya. Hal ini adalah disebabkan oleh pengembangan perindustrian China di mana industri tersebut memerlukan bekalan minyak dan tenaga yang lebih besar. Ditambah pula dengan pengangguran dalam sektor industri AS yang meningkat kerana kalah dalam bersaing dengan kualiti keluaran barangan China yang lebih baik.


Kesimplulan

China pada waktu ini setanding dengan AS di dalam ekonomi yang menyebabkan timbulnya pertengkaran perdagangan di antara mereka. AS telah menetapkan batasan terhadap barangan import dari China dan kini China berada dalam kedudukan sebagai objek dari kejadian WTO (World Trade Organisation) melalui amalan anti-persaingan.





Bagi AS, China merupakan ancaman di Asia Tenggara. Oleh itu, AS ingin menghadkan cita-cita politik China. Pada masa yang sama, AS ingin menguasai pasaran dalaman China yang bernilai 1.4 trilion dolar. Model pembangunan China membuktikan bahawa negara manapun akan mampu untuk berkembang ke arah mana yang dikehendakinya.


Isu Semasa Pendidikan

Isu Semasa Pendidikan : Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia


Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:
  • Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)
  • Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)
  • Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
  • Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
  • Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)
Zaman pramerdeka (sebelum 1957)
Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan.  Jawatankuasa yang ditubuhkan pada masa itu menghasilkan laporan-laporan berikut:
  1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu
  2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina
  3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan
  4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.
Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)
sistem pendidikanSebaik mencapai kemerdekaan, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi. Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.
Perubahan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan :
  1. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. 
  2. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. 
  3. Dalam Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan.
  4. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar.
  5. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. 
Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)
Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan :
  1. Akta Pendidikan 1996
  2. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
  3. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996

Selain itu, perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:
  1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari
  2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999
  3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma
  4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)
Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama antaranya: 
  • Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002)
  • Program Bimbingan dan (2002)
  • Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (2003) 
  • Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) 2003
  • Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 (2003)

Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.