Pada bulan Oktober
2009 yang lalu, China telah memperingati ulang tahun Revolusi yang ke-60 di mana
ia merdeka dari China serta mengalahkan golongan Nasionalis dan terbentuknya Republik
Sosialis China. Sejak awal abad ke-21, para analisis memandang bahawa kebangkitan
China adalah sebagai suatu tentangan terbesar terhadap Amerika Syarikat (AS)
dan ramai yang beranggapan bahawa China akan berkembang menjadi Negara kuasa besar.
Kepesatan China menjadikannya negara yang diambilkira dalam peta politik dunia,
membuatkan banyak golongan merasa kagum serta menjangkakan wujudnya pertembungan
kekuatan global dari Barat ke Timur. China tidak pernah menjadi kuasa politik dan
sejarah silamnya yang kelam akibat penjajahan kejam oleh Jepun telah menjadi memori
bagi China selepas Perang Dunia Kedua. Revolusi enam puluh tahun bagi Negara besar
dunia ini merupakan satu reality baru dan buat pertama kalinya ia dianggap sebagai Negara kuasa besar.
China mula membangun semenjak tahun 1978 melalui pengkembangan
sains dan teknologinya yang didorong oleh kepentingan ketenteraan. Pembangunan
ini bermula sejak zaman pemerintahan Mao. Mao menginginkan pembangunan ketenteraan
yang kuat mengatasi segala-galanya. Projek ketenteraan inilah yang menjadi tulang
belakang dasar Deng Xiao Ping. Tujuan Deng adalah untuk mempelbagaikan ekonomi
China yang bukan hanya tertumpu pada sektor pertahanan, tetapi juga merangsang pertumbuhan
ekonomi dan kesejahteraan masyarakat umum. Konsep Deng yang mengandungi 16 garis panduan pada awal
1980-an dengan jelas menegaskan, iaitu untuk mengintergrasikan pertumbuhan sektor
ketenteraan dan rakyat awam dengan memastikan keperluan ketenteraan dipenuhi,
mempertahankan kemampuan ketentaraan, dan menggunakan ekonomi awam dalam usaha
memodenkan ketenteraan.
Deng
menggunakan pula system ekonomi yang berorientasikan pasaran, terutamanya pada Zon
Ekonomi Khas yang terletak di bandar Guangdong, Fujian, dan Hainan. China telah
berubah ekonominya secara radikal daripada pengeksport komoditi bermutu rendah menjadi
komoditi berteknologi tinggi. Negara ini berubah daripada ekonomi yang
terkebelakang menjadi pusat pengekspot kelas dunia. Eksport China meningkat sepuluh
kali ganda (bernilai sekitar USD436 trilion antara tahun 1990-2003.) Kini nilai eksport China melebihi 1 trilion dolar dan
merupakan ekonomi terbesar di dunia selepas AS dan Jerman.
Sejak tahun
1978, China telah mengubah ekonominya daripada model ekonomi terpimpinala
Soviet menuju ekonomi yang berorientasikan pasaran yang dikuasai oleh Parti
Komunis China. Sistem ini disebut sebagai ‘Sosialisme Bersifat China’ dan ia merupakan
system ekonomi campuran. Reformasi yang bermula sejak tahun 1978 ini telah mengangkat
status jutaan manusia daripada paras kemiskinan, dengan menurunkan kadar kemiskinan
sehingga 53% daripada populasi Negara tersebut pada tahun 1981 dan 8% pada tahun
2001.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan