Ketika George
Bush menjadi Presiden AS, hanya China yang memiliki kapasiti ekonomi dan
ketenteraan yang mampu mengimbangi AS sebagai negara kuasa besar. AS telah
membuat dasar yang memencilkan China supaya tetap pada sempadannya agar tidak
berdepan secara langsung kerana itu hanya akan menghabiskan tenaga AS.
Dasar memencilkan
China ini tersirat di dalam tulisan Condoleezza Rice ketika ia menjadi
penasihat dasar luar negara George W Bush, yang pada waktu itu masih lagi
menjadi Gabenur Texas, ketika pilihanraya presiden tahun 2000 dalam artikel
majalah Foreign Affairs,” China adalah kekuatan besar yang memiliki masalah
yang belum selesai terutamanya dengan Taiwan. China juga tidak menyukai peranan
AS di wilayah benua Asia Pasifik.” Oleh kerana itu, Rice mengatakan, “China
bukanlah kuasa ‘status quo’, tetapi ia adalah kekuatan yang berkeinginan untuk
mengubah keseimbangan kuasa di Asia yang sesuai dengan kepentingannya.
Kenyataan ini menjadikan China sebagai pesaing, bukan sebagai ‘sahabat
strategik’ sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Clinton. AS perlu memperkuatkan
hubungan dengan Jepun dan Korea Selatan serta mempertahankan komitmen untuk
meletakkan pasukan AS di wilayah benua tersebut. “Washington juga perlu
memperhatikan secara teliti terhadap peranan India dalam keseimbangan politik
dan membawanya ke dalam lingkaran persekutuan yang anti-China.”
Namun begitu,
sepuluh tahun kemudian, AS dan China kini berada di dalam posisi yang saling
memerlukan. Ketika AS mendominasi beberapa wilayah pada awal abad ini, iaitu
perang Afghanistan dan Iraq, krisis ekonomi global telah membuatkan AS tidak
mampu untuk mendominasi China. Ini dapat dilihat melalui fakta berikut: AS
merupakan pengguna terbesar dunia di mana majoriti barangan yang mereka gunakan
adalah berasal dari dan dikeluarkan oleh China. Akibatnya, AS memiliki defisit
perdagangan dengan China bernilai USD268 trilion. Dengan itu, sekitar USD1 juta
trilion matawang dolar telah dikuasai oleh China.
Simpanan dolar
yang sangat besar yang dimiliki oleh China membuatkan China memiliki kemampuan
untuk membeli saham kewangan AS, di mana saham kewangan ini digunakan oleh AS
untuk membiayai defisit perdagangannya. Hal ini adalah disebabkan oleh
pengembangan perindustrian China di mana industri tersebut memerlukan bekalan
minyak dan tenaga yang lebih besar. Ditambah pula dengan pengangguran dalam
sektor industri AS yang meningkat kerana kalah dalam bersaing dengan kualiti
keluaran barangan China yang lebih baik.
Kesimplulan
China pada waktu
ini setanding dengan AS di dalam ekonomi yang menyebabkan timbulnya
pertengkaran perdagangan di antara mereka. AS telah menetapkan batasan terhadap
barangan import dari China dan kini China berada dalam kedudukan sebagai objek
dari kejadian WTO (World Trade Organisation) melalui amalan anti-persaingan.
Bagi AS, China
merupakan ancaman di Asia Tenggara. Oleh itu, AS ingin menghadkan cita-cita
politik China. Pada masa yang sama, AS ingin menguasai pasaran dalaman China
yang bernilai 1.4 trilion dolar. Model pembangunan China membuktikan bahawa
negara manapun akan mampu untuk berkembang ke arah mana yang dikehendakinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan